1.0
|
PENGENALAN
|
|
Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian Malaysia telah melancarkan di peringkat
nasional Kempen “Cintailah Sungai Kita” pada awal Februari 1993 oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan objektif awal
untuk;
-
Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagimenimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai
-
Memperkenalkan kepada orang awam langkah dan amalan yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi sungai
-
Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.
-
Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.
-
Bahagian Kejuruteraan Sungai, Ibu Pejabat JPS Malaysia telah dipertanggungjawabkan bagi menyelaras dan memantau perjalanan program ini.
|
2.0
|
LATARBELAKANG
|
2.1
|
Kempen Fasa I
Lima aktiviti-aktiviti utama (dikenali sebagai Fasa I) yang masih diteruskan sejak
tahun 1993 ialah;
-
Sungai Angkat
-
Pemerhatian Sungai
-
Pendidikan & Ceramah,
-
Expedisi Sungai dan
-
Pengindahan Sungai
|
2.2
|
Kempen Fasa II
Pada tahun 1996, bersesuaian dengan tema ‘Pencegahan Asas Pemulihan’, Fasa II yang lebih menekankan kepada penguatkuasaan dan langkah yang lebih pro aktif telah diperkenalkan. Beberapa seminar kepada Pegawai yang terlibat dengan pengurusan sungai telah diadakan. Seminar ini bertujuan bagi mendedahkan pegawai-pegawai berkenaan kepada teknik-teknik pengurusan kawasan tadahan sungai yang lebih mapan merangkumi aspek pengurusan, perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah diambil disetiap negeri dan daerah
adalah seperti berikut:
-
Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai(Task
-
Force).
-
Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca
-
pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai.
-
Memperkenalkan undang-undang/akta-akta yang sedia ada bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-pegawai pelaksana dan
-
Penerbitan Brosiur
- Penanaman pokok-pokok yang sesuai di tebing sungai(1997)
- Penciptaan sungai yang kaya dengan alam semulajadi(1997)
- ‘Creation of Nature Rich Rivers’(1997)
Penerbitan Buku
- ‘Rivers – Towards The Making of Rivers Rich In Nature’(1996)
- Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai(1998)
Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah seperti berikut:
-
Perlis
-
Kedah
-
Pulau Pinang
-
Negeri Sembilan
-
Melaka
-
Selangor
|
2.3
|
Kempen Fasa III
Pada tahun 2000, program kempen perlu lebih agresif bagi mempertingkat komitmen dan kesungguhan jabatan-jabatan teknikal dan juga orang ramai khususnya masyarakat terhadap usaha-usaha penjagaan sungai dan kawasan tadahannya. Oleh itu, penonjolan tokoh penting iaitu Perdana Menteri telah dibuat dengan mejemput beliau bagi melancarkan Kempen pada tahun ini. Program kempen kali ini masih meneruskan beberapa akitiviti lama dan ditambah dengan aktiviti baru iaitu Program Pembersihan Sungai, Program Pengindahan Sungai , Program Perawatan Pencemaran, Program Sungai Angkat, Program Pendidikan, di samping menyambung semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada Fasa II.
Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu;
-
Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai
-
di kalangan setiap lapisan rakyat jelata.
-
Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan
-
proaktif terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai.
-
Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai.
|
3.0
|
KEPERLUAN PROGRAM
|
|
Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan malah menjadi nadi kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan yang utama. Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat yang berlaku masa sekarang telah menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir, kekurangan sumber air dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar iaitu flora dan fauna. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan persekitaran dan kawasan
tadahannya.
|
4.0
|
SKOP PROGRAM
Objektif program ini adalah untuk merumus dan menghasilkan sebuah pelan pengurusan yang lengkap untuk Lembangan Sungai yang dipilih merangkumi komponen-komponen seperti berikut;
|
4.1
|
Pengurusan Sungai
Merumus Pelan Pengurusan Sungai yang merangkumi pelan pengurusan dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai. Ini termasuklah cadangan rizab atau koridor sungai yang
diperlukan.
|
4.2
|
Pelan Pengurusan Persekitaran Sungai
Membentuk dan merumuskan pelan persekitaran sungai
yang merangkumi aspek pencemaran sungai dengan mengenalpasti dan mengkaji punca pencemaran dari titik punca(point source) dan bukan titik punca(non-point source). Pelan ini juga akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan dan sistem-sistem rawatan bagi mempertingkatkan kualiti air sungai ke tahap yang sesuai untuk kegunaan masyarakat dari segi bekalan domestik dan kemudahan rekreasi sungai.
|
4.3
|
Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat
Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan berbagai bentuk aktiviti komersial telah tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian mereka. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai yang mana telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu,satu program kesedaran masyarakat
berbentuk pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat
cintakan kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke semasa.
|
5.0
|
KAWASAN KAJIAN
|
5.1
|
|
5.2
|
Pengurusan Persekitaran Sungai
Salah satu sungai utama yang dipilih serta cabang-cabangnya di dalam negeri tersebut.
|
5.3
|
Program Peningkatan Kesedaran masyarakat
Keseluruhan kawasan tadahan syngai yang dipilih.
|
6.0
|
SKOP KERJA PROGRAM
|
6.1
|
Kutipan Data dan Analisis
Kutipan data dan analisis maklumat serta data berkaitan dengan keadaan semula jadi, meramgkumi;
-
Data-data kualiti air
-
Keadaan fizikal sungai(profail dan keratan sungai, struktur
-
sungai sediada, pelan-pelan pembangunan yang dijalankan dan aktiviti-aktiviti lain)
-
Pembuangan sisa pepejal dan lain-lain punca pencemaran
-
Data-data inventori jenis aktiviti dan jenis penempatan seperti industri, perumahan dan penempatan setinggan
-
Data-data lain yang berkaitan dan peraturan-peraturan yang berhubung dengan pembangunan dan pengurusan lembangan sungai berkenaan.
|
6.2
|
Rumusan Terhadap Pelan Pengurusan Sungai
|
6.2.1
|
Pelan Pembangunan dan Pengurusan Koridor Sungai
Menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Sungai yang akan merangka aktiviti dan matlamat program. Jawatankuasa perlumerangkumi jabatan dan agensi-agensi teknikal seperti;
-
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri(River Manager)
-
Pejabat Tanah dan Galian(PTG)
-
Pejabat Tanah Daerah(PTD)
-
Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)
-
Jabatan Alam Sekitar(JAS)
-
Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD)
-
Lain-lain Agensi yang berkaitan
Merumuskan keseluruhan konsep pembangunan dan pengurusan
koridor sungai yang harmoni dan berkait rapat dengan pembangunan sekelilingnya dengan memfokuskan kepada;
Merangka pelan tindakan pemulihan dan pemeliharaan kawasan tadahan sungai seperti;
Menentukan aliran penyelenggaran sungai yang diperlukan khusus
bagi tujuan; kemudahan sungai untuk pengangkutan
-
kemudahan sungai untuk pengangkutan
-
kemudahan perikanan
-
pelindungan terhadap struktur sungai
-
pemeliharaan hidupan akuatik dan tumbuhan
-
penjagaan dan pemulihan kualiti air
-
memperbaiki keindahan pemandangan sungai
-
rekreasi dan pelancongan sungai
Merangka keperluan masa hadapan/potensi sungai untuk
pengangkutan air ( merangkumi untuk rekreasi dan pelancongan) dan merangkakan dasar-dasar untuk kerja-kerja pembaikan sungai dan struktur.
Menentukan keupayaan sungai daripada kesan-kesan pencemaran dan merangkakan dasar-dasar perlepasan kumbahan sisa dari industri agar mematuhi syarat-syarat perlepasan efluen mengikut “Environmental Quality (Sewage and Effluents) Regulation 1979.
|
6.2.2
|
Pelan Pengurusan dan Pemantauan Kawasan Tadahan
-
Pelan pengurusan kawasan tadahan mestilah merangkumi zon
-
kawasan pembangunan sosio-ekonomik masa hadapan serta dasar-dasar untuk pembangunan tanah di dalam kawasan tadahan.
-
Program juga perlu dibuat kepada susunan institusi yang sediada
-
dan bidang kuasa undang-undanag dan mesyorkan sebarang pembaikan untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan yang efektif dan berkesan.
|
6.2.3
|
Pelan Pengurusan Alam Sekitar
eko-hidrologi sungai.
-
Mengkaji dan menyemak semula titik punca pencemaran dan bukan
-
titik punca pencemaran untuk tadahan lembangan sungai serta menyemak semula kajian-kajian lain yang telah dijalankan sebelum ini.
-
Menyemak dan mencadangkan semula penambahbaikan kualiti air
dengan mengesyorkan sistem- sistem kawalan.
|
6.2.4
|
Aspek-aspek Perundangan
Menyemak, mengkaji dan mengubal semula struktur perundangan sediada dan mencadangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan satu undang-undang/akta yang menyeluruh mengandungi semua aspek contohnya ‘River Laws’ yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan tadahan dan kawalan sungai.
|
6.2.5
|
Sistem Maklumat Geography(GIS)
Pelan yang dicadangkan seboleh-bolehnya merangkumi keseluruhan maklumat agar sistem maklumat ini dapat digabungkan kepda sistem Maklumat Lembangan Sungai(RBIS) yang sedia ada di Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS).
|
6.2.6
|
Imbuhan atau Insentive
Merangka dasar-dasar berbentuk imbuhan atau intensive yang boleh diberikan kepada
individu, syarikat dan pemaju yang telah menjalankan kaedah pemulihan dan penjagaan sungai seperti;
-
mengurangkan kadar caruman perparitan ‘drainage contribution’.
-
membekalkan tong sampah atau memberi khidmat mengangkut sampah domestik bagi kawasan di luar kawasan perbandaran.
-
menjalankan kerja-kerja pengindahan dan meningkat taraf kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.
|
6.3
|
Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat
|
|
Menentukan dan merangka program pendidikan kepada setiap
peringkat masyarakat dengan melibatkan mereka dengan program-program yang
dijalankan seperti;
Masyarakat
-
Mengujudkan satu Pusat Pengembangan Masyarakat “Community Center’ di mana masyarakat dapat berkumpul, berbincang dan menjalankan aktiviti mengenai program pembangunan sungai di kampung tersebut.
-
Program pembangunan kawasan
-
Menggalakkan program Sungai Angkat
-
Menganjurkan program Ekspedisi Sungai
-
Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat
-
sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang
Pelajar Sekolah
-
Menggalakkan penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah yang berhampiran dengan sungai.
-
Mengadakan program pemantauan kualiti air sungai atau program pendidikan ‘riverwatch’ dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam teknik pengukuran parameter kualiti air. Dengan cara ini, para pelajar lebih memahami jenis-jenis pecemaran dan kesannya.
-
Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengubal dan mengujudkan sukatan mata pelajaran yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar khususnya sungai.
-
Menjalakan lain-lain aktiviti yang berkaitan dari masa ke semasa
|
7.0
|
PERUNTUKAN PROGRAM
Program yang dijalankan adalah satu proram yang berterusan bermula dari tahun 2001, yang mana memerlukan peruntukan yang besar. Oleh itu, perancangan teliti perlu dibuat oleh jawatankuasa bagi menentukan peruntukan yang akan digunakan setiap tahun.
|
8.0
|
FAEDAH YANG AKAN DITERIMA
Program yang dijalankan akan dapat memperkembangkan tahap pemikiran setiap masyarakat yang selama ini tidak begitu mementingkan penjagaan alam sekitar terutamanya sungai. Dengan berjalannya program ini, maka masyarakat akan dapat menilai pentingnya sumber air khususnya sungai bagi kehidupan mereka.
|