Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Dam1-edited.jpg
dam21.jpg
Design_1.jpg
Design_2.jpg
Design_3.jpg
Design_4.jpg
Official Portal for
Department of Irrigation and Drainage
Ministry of Environment and Water
Most View

Mobile Application

Bangunan dan Infrastruktur



Latar Belakang

Bahagian Bangunan dan Infrastruktur (BBI) merupakan bahagian baru yang dinaiktaraf hasil pengasingan Unit Bangunan dari Bahagian Struktur, Geoteknik dan Empangan (BSGE). Ianya mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2008 setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan bahagian ini adalah selaras dengan kehendak YB Menteri agar perlaksanaannya kelak menjadikan BBI sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan pembinaan bangunan dan infrastruktur untuk Jabatan atau agensi di bawah kementerian dan ini sekaligus bermaksud JPS tidak lagi bergantung kepada Jabatan Kerja Raya untuk melaksanakan projek-projek fizikal berkaitan.

BBI bertanggungjawab dalam kerja-kerja perancangan, merekabentuk dan melaksana projek-projek bangunan serta lain-lain struktur yang berkaitan. Selain itu ianya juga adalah sebagai agensi pelaksana, perunding operasi dan penyelenggaraan melalui 4 sub-bahagian iaitu:-

  1. Unit Pengurusan Projek
  2. Unit Pembangunan
  3. Unit Perancangan
  4. Unit Pentadbiran

 

Objektif

Memenuhi tanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan bangunan dan infrastruktur selaras dengan kehendak Jabatan.

Fungsi

  • Melaksana dan menyelaras kerja-kerja perancangan bangunan termasuk kerja-kerja perlantikan perunding, rekabentuk dan penyediaan dokumen tender.
  • Menumpukan perhatian dalam projek-projek pembinaan dan pengubahsuaian bangunan bagi agensi-agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
  • Memberi khidmat sokongan bagi kerja-kerja perancangan dan rekabentuk, penyediaan pelan-pelan arkitek bangunan, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di samping memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada bahagian lain.
  • Menjalankan perancangan terperinci untuk segala perkhidmatan penyelenggaraan dalam bangunan selain perlaksanaan kerja-kerja operasi rutin harian.
  • Memberi khidmat kejuruteraan awam dan senibina bagi projek-projek bangunan dengan mutu yang terbaik.

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan khidmat kepakaran teknikal tentang bangunan dan memberi maklumbalas serta mengambil tindakan selanjutnya.
  • Menyelenggara kompleks ibu pejabat dan memastikan bangunan sentiasa dalam keadaan baik.
  • Memastikan projek disiapkan dalam tempoh yang dipersetujui pelanggan

     

Carta Organisasi

*Klik untuk melihat imej sebenar.

 



Last Updated 2022-02-24 11:41:17 by

  •  
  • Email this page