JPS Logo

Penerbitan JPS

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

             Sungai- Sungai di Malaysia              Air Terjun di Malaysia

Sungai  telah menjadi hujung penerimaan selama 20 tahun ini. Situasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Dengan kadar pembangunan yang begitu hebat, institusi bergelut dengan masalah mendapatkan gambaran situasi sebenar, apatah lagi mengawalnya.

Memandangkan hal ini, Jabatan Pengairan dan Saliran telah melancarkan kempen ‘Cintailah Sungai Kita’ pada tahun 1993. Fasa pertama melibatkan kempen untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang keadaan sungai kita dan keperluan untuk semua pihak bekerjasama mencegah kemerosotan sungai selanjutnya. Dalam fasa kedua, penekanan diberikan terhadap penguatkuasaan dan keupayaan teknikal agensi yang diamanahkan dengan tugas itu.

Dalam hal ini, buku ini merupakan sumbangan yang berguna kepada pegawai teknikal yang melakukan kerja-kerja sungai. Walaupun sungai-sungai yang diperihalkan adalah di Jepun, alam sekitar sungai secara menyeluruh dan cara-cara melakukan kerja kejuruteraan sungai, yang serasi dengan alam semula jadi, tentu sekali akan menjadi pembuka mata. Sehingga kepakaran tempatan dalam bidang ini didapati, buku ini akan tetap menjadi rujukan yang berguna tentang cara untuk membina sungai yang lebih semula jadi.

 

Ke arah MenjadikanSungai Kaya dengan Semulajadi Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai