JPS Logo

Revolusi IT dalam Pejabat Reka Bentuk

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Penghitungan dan Analisis Kejuruteraan 

Pejabat Reka Bentuk di Ibu pejabat JPS menjalankan penghitungan dan analisis kejuruteraan dalam mereka bentuk Projek Pengairan dan Saliran. Pada tahun-tahun awal, pembaris gelongsor dan sempoa digunakan untuk melakukan penghitungan. Kemudian datang kalkulator guna khas yang sangat besar; mula-mula yang ditempatkan dalam selongsong kotak kayu, selepas itu yang berkotak keluli.

Active Image
Active Image

                                                     Kalkulator asas VICTOR

Active Image

Active Image

Kalkulator terus berkembang dengan fungsi ingatan seperti kalkulator CASIO ini.

Seterusnya Kalkulator Saintifik seperti Kalkulator Saintifik Hewleter Packard (HP) ini dengan ciri-ciri Eksponen dan Logaritma

 
Active Image

Pada bulan Mac 1985, JICA (Agensi Kerjasama Jepun Antarabangsa) menghadiahi JPS dengan Komputer Poket Boleh Atur Cara yang pertama, Model SHARP PC1500. Aksesorinya termasukkan tapak dok dengan pencetak terma.

Sebilangan atur cara pendek telah ditulis di dalam pejabat dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan BASIC misalnya

  • SLUICE - Untuk mengira luahan di bawah pintu air sluis tegak dalam terusan mendatar bagi keratan rentas segi empat tepat.

  • CULVERT - Untuk penghitungan reka bentuk hidraulik dalam reka bentuk pembetung

  • FLOW & QSD - Untuk penghitungan reka bentuk hidraulik dalam reka bentuk terusan terbuka

   

Bermulanya zaman IT dalam JPS

Komputer peribadi yang pertama tampil julung-julung kalinya di JPS dalam Pejabat Reka Bentuk pada bulan Disember 1983.

  • Apple LINGO PC - Apple LINGO PC - dengan pemproses 8086 dengan monitor hijau komposit. Ia kemudiannya ditukar kepada monitor putih kertas.

  • Pencetak EPSON RX – pencetak bintik matriks, 80 lajur.

Antara atur cara yang ditulis secara dalaman untuk membantu penghitungan reka bentuk dan analisis ialah:

  • SLOPESTA - Analisis kestabilan cerun menggunakan kaedah Bishop ditulis dalam MBasic.

  • BACKWATR & BWRANDF - Atur cara air buri dan data fail ditulis dalam MBasic berdasarkan kaedah tenaga langkah.

  • IRR - Untuk mengira Kadar Pulangan Dalaman bagi Projek Pengairan ditulis dalam MBasic.

  • HP1/HP11 - Anggaran luahan banjir ditulis dalam Applesoft Basic.

  • Simpson Vol. Routine - Penghitungan kerja tanah ditulis dalam Applesoft Basic.

Komputer Peribadi meja kedua diperoleh pada bulan April 1985 ialah FUJITSU dengan pemproses 8088 dan disertakan dengan monitor warna Fujitsu. OS adalah CP/M-86 yang berfungsi dengan Sistem Pengoperasian Micro 16S. Atur cara yang digunakan terdahulu telah diubah suai dan ditukar kepada FBasic.


PC yang berikutnya menggunakan pemproses bersama matematik 80286 dan 80287  Intel, sehinggalah pemproses Pentium yang terkini pada hari ini. Pembelian komputer utama selepas PC yang kedua dalam JPS telah dibuat pada bulan April 1988 dengan kontrak tender perolehan PC "Commodore" dan persisian lain, terutamanya untuk tujuan CAD.

   

Lukisan Pelan
Penyediaan pelan kejuruteraan dalam JPS juga membuat perkembangan yang hebat dengan teknologi IT. Pelan Bantuan Komputer (CAD - Computer Aided Drafting) mula-mula diperkenalkan dalam JPS dengan AutoCAD pada tahun 1988. Secara perlahan-lahan ia menggantikan semua papan lukisan manual dalam Pejabat Reka Bentuk. Dengan penggunaan pengaturcaraan LISP dalaman dan templat tersuai untuk JPS, kerja melukis pelan  telah mengambil pendekatan yang moden dengan kecekapan yang bertambah baik dalam masa yang singkat melalui keluk pembelajaran yang curam.

 

 

Active Image
Pemprosesan Kata

Mesin Pemprosesan Kata tertuju khas sepenuhnya yang pertama, Sistem Automasi Pejabat Model NBI System 8 telah dibeli oleh Ibu Pejabat JPS pada tahun 1980. Ia terdiri daripada satu ICU (Unit Kawalan Bersepadu) NBI Model 8 dan dihubungkan kepada 7 terminal dami (stesen kerja NBI OASys MODII) dan 1 Pencetak di dalam bangunan ibu pejabat. Media storan yang digunakan ialah cakera liut 8". Cakera liut yang ada ialah NBI Sisi Tunggal, Ketumpatan Tunggal dan juga Sisi Berganda, Ketumpatan Berganda.  Selepas itu dengan pengenalan Komputer Peribadi dan WordStar sebagai perisian pemprosesan kata yang popular, mesin pemproses kata tertuju khas ini tidak lama kemudian dihentikan secara berperingkat-peringkat dan menjadi usang.

 

 

Pangkalan Data
Dengan pengenalan Komputer Peribadi dan atur cara seperti DBASE, SuperCalc dan Symphony, maklumat terdahulu yang dikumpulkan dalam buku daftar kemudiannya disimpan ke dalam komputer, misalnya: Sistem Rekod Pelan Pejabat Reka Bentuk menggunakan DBaseIII dan Foxbase menyimpan sejumlah lebih daripada 80,000 pelan. Sempena meraikan Ulang Tahunnya yang ke-70, JPS pada hari ini telah memajukan banyak sistem maklumat, sesetengahnya disepadukan dengan GIS (Sistem Maklumat Geografi), dan kini sedang bersiap sedia ke arah sistem berasaskan jaringan.

 

 

Laman
JPS melancarkan tapak webnya sendiri pada bulan Disember 1995.  The website address then was http://agrolink.moa.my/jps. Tapak web Jabatan kemudiannya telah dipindahkan ke http://agrolink.moa.my/did.  Tapak web JPS telah dibangunkan sepenuhnya dan diselenggarakan secara dalam melalui Pentadbir Web di setiap Bahagian di Ibu Pejabat dan setiap JPS Negeri, dengan Pengarah IT sebagai Ketua Pentadbir Web JPS. Menjelang tahun 2004 alamat tapak web JPS telah diubah ke http://www.water.gov.my

 

 

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
Pada 1 Januari 2002, bangunan Ibu Pejabat JPS di Jalan Sultan Salahuddin telah mempunyai 317 bilangan nod yang disambungkan dengan kabel UTP ke Hab Suis ATM pusat dan Penghala yang disambungkan oleh kabel gentian optik ke Jabatan Pertanian  melalui WAN kampus. JPS Cawangan Ampang disambungkan ke Ibu Pejabat JPS melalui Agrolink dengan Talian Suwa 128kbps Time Telekom.

 

 

E-mel
E-mel telah digunakan secara luas sebagai perantaraan komunikasi dan pemindahan maklumat dalam JPS bermula tahun 1997.Pekeliling JPS yang pertama berkenaan dengan IT telah dihantar pada 22 Sep. 1997 tentang Garis Panduan Menggunakan E-mel dalam JPS.

Pelayan E-mel yang digunakan adalah kepunyaan Kementerian Pertanian (@pop.moa.my dan @smtp.moa.my). Pada bulan Ogos 2001, JPS menubuhkan pelayan e-melnya sendiri (@did.moa.my). Menjelang tahun 2004, semua akaun e-mel telah ditukar kepada sambungan baru "@water.gov.my".

 

 

Kelahiran Bahagian IT di JPS
Tanpa mengambil kira Bahagian Hidrologi yang telah ada sejarah pengkomputerannya yang panjang, benih pertama Unit Komputer telah ditubuhkan di dalam Pejabat Reka Bentuk pada tahun 1987. Pejabat Reka Bentuk pada waktu itu mempunyai Bilik Komputer terpusat dengan sebilangan PC digunakan untuk memproses kata, helaian rebak, pangkalan data dan melukis pelan. Selain PC, persisian lain yang terdapat adalah misalnya Pencetak dan Pemplot Pelan sehingga saiz A0, Pendigit dan Peranti Storan Pita.

  • PC pertama – Komputer "Apple Lingo" 

  • Pencetak pertama - Pencetak "Epson RX", bintik matriks 80 lajur

  • Pemplot pertama – Pemplot Pen "Roland", saiz A3.

  • Pendigit pertama – Pendigit "Summagraphics" saiz A4

  • Peranti Storan pertama - Peranti Storan Pita "Tallgrass."

 

 

Pada tahun 1992, Unit MIS (Unit Sistem Maklumat Pengurusan) telah ditubuhkan di dalam Bahagian Perancangan dan Dasar di Ibu Pejabat JPS. Pengarah Bahagian Perancangan & Dasar pada waktu itu ialah Ir. Keizrul bin Abdullah, dan Ketua Unit MIS ialah Ir. Ng Chau Chen sebagai Ketua Unit MIS yang pertama, diikuti oleh Ir. Cho Heng Yuen.  Unit MIS kemudiannya telah dinamakan semula sebagai Unit IT, yang diketuai oleh Ir. Ong Siew Heng dan pada 1 Mac 1997 oleh Ir. Rozaini Abdullah.

 

 

Pada 1 Januari 1998, Unit IT berpecah dari Bahagian Perancangan & Dasar untuk menubuhkan Bahagian IT (Bahagian Teknologi Maklumat) dengan Pengarah IT yang pertama Ir. Rozaini bte Abdullah. Pada 1 Januari 2002 sempena Ulang Tahun JPS yang ke-70, tenaga kerjanya terdiri daripada 9 orang kakitangan teknikal, namun begitu, Bahagian IT masih belum diiktiraf secara rasmi oleh JPA pada waktu itu. Bahagian Teknologi Maklumat yang ada sekarang telah dibentuk secara rasminya pada 1 September 2005 hasil daripada rancangan penyusunan semula JPS yang besar.  Sejumlah 22 jawatan telah diperuntukkan oleh JPA dan ia sekarang diketuai oleh Puan Norizan Binti Harun pengarah yang ke-tiga daripada Perkhidmatan Teknologi Maklumat (Skim-F).