JPS Logo

Kelengkapan Sumber Air & Hidrologi

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Planimeter Planimeter

Planimeter jenis Salmoiraghi. Alat ini digunakan untuk mengukur keluasan kawasan tadahan sungai sebelum digantikan dengan planimeter jenis digital.

Alat perkam aras air jenis Steven Alat perakam aras air jenis Steven

Alat ini digunakan untuk mengukur aras air sungai pada awal tahun 70-an.

Counter/ Pembilang


Counter (Pembilang)

Pembilang diguna untuk mencatat bilangan pusingan kipas meter arus untuk mengukur luahan sungai. Alat ini digunakan pada awal tahun 60-an dan kini digantikan dengan jenis digital.

 

Tentu Ukur Jangarus

 


Penentukur Meter Arus

Alat ini digunakan bagi menjalankan penentukuran meter arus. Alat ini telah digunakan seawal tahun 70-an

 

Pendigit

 

Pendigit

Pendigit untuk mengukur koordinat resolusi tinggi. Surihan pada carta ditukar kepada siri koordinat x dan y dan direkodkan ke dalam pita magnet untuk pemprosesan komputer selanjutnya.

 

Mesin Tebuk Perkin Elmer

 

Mesin Tebuk Perkin Elmer

Mesin ini digunakan untuk menebuk kad kertas yang kemudiannya dibaca dan disusun oleh komputer untuk menjalankan atur cara dan untuk menginput data pada tahun 80-an.

Alat Perakam Hujan jenis Capricorder

 

Alat Perakam Hujan jenis Capricorder

Jumlah hujan yang dicerap oleh perakam ini ditebuk pada carta.

Rumah Perakam Aras Air jenis Apungan Stesen Perakam Aras Air jenis Apungan

Stesen Perakam Aras Air jenis Apungan (float & well) yang dibina di Jambatan SKC Sg. Bernam pada tahun 40-an.

Alat Perakam Aras Air jenis KENT

 

Alat Perakam Aras Air jenis KENT

Alat ini digunakan untuk mencerap aras air sungai pada awal tahun 70-an.

Paper Tape Translator & Plotter

Penterjemah & Pemplot Pita Kertas

Pita kertas digunakan untuk menterjemah kod perduaan perpuluhan kepada data digital 4 perpuluhan secara automatik. Data disimpan dalam pita magnet dan diproses menggunakan komputer mini.

Komputer Mini

Komputer Mini

Komputer Mini Data General Corporation NOVA 1220. Komputer mini ini mempunyai storan 32K, 16 bit-kata dan penyusun untuk pengaturcaraan FORTRAN yang digunakan untuk atur cara pemprosesan data hidrologi. Atur cara pemprosesan data hidrologi TILEDA yang dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya New Zealand telah digunakan dengan kerjasama Engineering Export Association of New Zealand (ENEX) dan JPS pada awal tahun 70-an.

Video Display Unit Perkin Elmer

 

Unit Paparan Video Perkin Elmer

Unit Paparan Video Perkin Elmer Model 1251/1245 merupakan terminal paparan video mikro-pemproses yang canggih dan digunakan dari tahun 1984 hingga tahun 1992 untuk kerja-kerja pemprosesan data hidrologi.

Tolok Lurus

 

Tolok Lurus

Tolok lurus dengan ukuran unit imperial yang telah dipasang pada stesen siren banjir Sg. Kir Sarawak.