JPS Logo

Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Pada 18 Ogos 2015, panda betina Liang-Liang telah selamat melahirkan seekor anak panda betina pada jam 1.45 petang seberat 175 gram. Kelahiran anak panda pertama ini menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang berjaya melahirkan anak panda secara semulajadi dalam kurungan hanya dalam tempoh 15 bulan ia dipinjam dari Republik Rakyat China.

Bagi meraikan kejayaan tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan kerjasama Malaysia Zoological Society (MZS) akan mengadakan pertandingan bagi menamakan anak giant panda sebagai usaha mempromosi aktiviti konservasi hidupan liar yang dilaksanakan ini disamping menarik minat masyarakat mencintai hidupan liar.

Untuk menyertai pertandingan tersebut, sila layari laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di [link]

 

panda

**This article only available in Bahasa Malaysia / Artikel ini hanya terdapat dalam Bahasa Malaysia