JPS Logo

Sistem Penuaian Air Hujan

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Pengenalan       Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah salah satu daripada "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini adalah bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan. Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah keluasan bumbung bangunan. Sistem ini mempunyai dua fungsi utama iaitu sebagai "On Site Detention" dan Penuaian Air Hujan.     "On Site Detention Stogare" berfungsi untuk melambatkan aliran air larian permukaaan yang mana dengan menahan sektika air hujan. Manakala tangki penuaian air hujan adalah berfungsi sebagai bekalan air hujan untuk kegunaan di tandas, menyiram kebun membasuh kereta dan lain-lain kegunaan lagi. Namun begitu air hujan ini masih belum dapat untuk digunakan untuk kegunaan harian kita seperti air mandian dan air minuman. Ini kerana di dalam air hujan terkandung beberapa jenis bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan kita.     Penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan boleh memberi kesan yang baik antaranya:- Dapat menjimatkan penggunaan air bersih mengurangkan bil-bil air melambatkan air larian permukaan mengatasi masalah bekalan air di kawasan-kawasan pendalaman.   Senarai tempat yang menggunakan sistem penuaian air hujan ialah seperti berikut:- Di Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor Kompleks JPS Kuantan, Pahang Rumah Banglo di Gombak, Selangor Rumah panjang di Betong, Sarawak Masjid di Taman Bukit Indah, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Sek. Men. Keb. Bukit Jalil, Kuala Lumpur INSTUN Tanjung Malim, Perak Bahagian makenikal dan elektrikal JPS Kuantan, Pahang Bangunan pejabat JPS Daerah Dungun, Terengganu Bangunan pejabat JPS Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Kompleks bangunan kg. Salak, Pulau Tioman, Rompin, Pahang Bangunan pejabat JPS Jajahan Pasir Puteh, Kelantan NAWMI Kota Bharu, Kelantan Universiti Tun Hussein Onn phase 1, Batu Pahat, Johor Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri, Jerangau, Dungun, Terengganu Ibu Pejabat JPS Malaysia 2 tingkat banglo di atas lot 6056 & 6058, Mukim Dengkil, Selangor Kompleks JPS Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Bangunan Metrologi (RADAR) di Bukit Gila, Sg. Buloh, Selangor 3 unit rumah panjang di Batu Lintang, Sri Aman JPS Sri Aman Pasar Borong di Bandar Jengka, Daerah Maran Kompleks JPS Jalan Ranca