JPS Logo

Pelan Induk Saliran Mesra Alam

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Tujuan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam adalah untuk meminimakan impak perbandaran ke atas air larian hujan agar mencapai keseimbangan dalam segi sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam mewujudkan pembangunan yang lestari dan mampan. Beberapa langkah seperti tersenarai di bawah perlu diambil dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut. Antaranya ialah:-   Merancang penyelesaian jangka panjang berkenaan pengurusan masalah banjir, sistem saliran dan air larian hujan dalam kawasan perbandaran sediada bagi mengurangkan impak banjir ke atas penduduk dan harta benda. Mengoptimakan keberkesanan infrastruktur saliran mesra alam sediada dalam kawasan kajian dengan menyediakan prasarana-prasarana dan penyelenggaraan yang diperlukan. Kawalan limpahan kelodak ke dalam sistem saliran sediada dengan pengurusan aktiviti seperti pembinaan, pembukaan tanah dan hakisan tebing dalam kawasan tadahan dengan mengaplikasikan kawalan dipunca. Kawalan kualiti air dari sumber pencemaran tidak tertumpu(non-point source) Mengoptimakan penggunaan air larian hujan sebagai sumber air alternatif bagi mengurangkan permintaan air terawat. Melindungi dan mengindahkan ekosistem semulajadi.       Senarai Kajian Pelan Induk Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang, Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sg. Buloh, Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sg. Besi, W.P. Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kajang, Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Ipoh, Perak Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Parit Buntar dan Bagan Serai, Perak Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Manjung, Sitiawan dan Lumut, Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kangar, Arau dan Padang Besar, Perlis Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Tanah Merah, Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Pasir Mas, Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Dungun, Terengganu Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Kuantan, Pahang Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Pasir Gudang, Johor Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandaraya Miri, Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Menggatal, Tuaran dan Telipok, Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Tawau, Sabah