JPS Logo

Struktur Mekanikal

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Rumah Pam


RUMAH PAM MERLIMAU 

 

Jenis: Pam Skru 

Pam telah dipasang di Merlimau Melaka pada bulan September 2004 dan merupakan pam pertama (digerak menggunakan tenaga elektrik) yang digunakan oleh JPS.

 

 



RUMAH PAM TELOK BAKONG

 

Rumah pam ini terletak di Negeri Perak. Untuk membekalkan air dari Sungai Perak. Berfungsi untuk membekalkan air ke kawasan pengairan (pertanian).


Pintu Air

PINTU AIR PENGGOLEK ALUMINIUM.

 

Pintu air ini terdiri daripada lapisan yang dikimpal atau dirivetkan kepada kerangka alur dan perembatan silang. Biasanya 4 hingga 6 penggolek berbebibir yang diberuskan dengan tufnol atau sintetik pelinciran air yang serupa diputarkan pada aci keluli tahan karat yang bergerak susur besi tuang yang dipasang pada dinding konkrit bertetulang.

 

Pengendalian Pintu Air: Dengan cara gear angkat (sama ada kendalian berjentera atau manual) melalui tali dawai, gelendong tali dawai dan kotak gear.

 

Fungsi:  Pintu air pasang surut dan banyak pangkal kerja dan bendungan menggunakan reka bentuk ini.

 


 

PINTU AIR SKRU.

 

Pintu air mengandungi kepingan kayu keras dibolt bersama dan berkerangka alur keluli lembut atau  besi tuang.  Bahagian atas pintu air dipasang pada spindel yang berulir di bahagian atasnya yang bergerak di dalam galas tetap supaya ia bergerak naik turun apabila roda kendalian dipusingkan. Pintu air menggelongsor naik turun pada susur C.I yang dipasang di dalam struktur konkrit. Dimensi pintu air Skru biasanya terhad kepada 6' x 6'.  Kadangkala bahan digunakan untuk seluruh pintu diperbuat daripada Keluli tahan karat.

 

Pengendalian Pintu Air: Kendalian Secara Manual dan Elektrik.

 

Fungsi:  Kawalan pengairan dan saliran.

 

   
 

PINTU AIR BERJEJARIAN

 

Fungsi serta sistem kerjanya hampir serupa dengan pintu air penggolek kecuali:-

 

Sebagai ganti penggolek, pintu air ini mempunyai lengan yang dipangsikan pada kedua-dua hujungnya. Oleh itu pintu air bergerak melalui lengkok bulat ( menggesel jalur getah yang diperbuat daripada jalur besi tuang melengkung yang dipasang pada dinding konkrit) dan bukannya gerakan naik turun melalui penggolek.

 

Biasanya, pintu air jenis ini tidak menggunakan berat pengimbang oleh sebab daya yang dikehendaki untuk mengendalikan pintu air jenis ini adalah sangat kecil.

 

Lapisan pintu adalah melengkung (iaitu berjejari) dan bukannya plat rata.

 

Pintu air jenis ini biasanya digunakan untuk pangkal kerja.

 


Ekskavator

   
Ekskavator Hidraulik 

 

Kapal Korek

Kapal Korek-SCD 500

Projek Mereka Bentuk, Membuat, Menguji Jalan dan Membekal Satu (1) Unit Kapal Korek Buatan Malaysia adalah projek pembinaan kapal korek yang pertama dijalankan di Malaysia.

Projek yang bernilai RM 10 juta ini telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia kepada Jabatan Pengairan dan Saliran dan dijalankan oleh Syarikat Ikhlas Kekal Sdn Bhd (IKSB).  Malaysia (JPS)
   
 

Kapal korek ini terdiri daripada 5 buah pontun utama yang disambung dengan menggunakan 18 Blok Pengganding pada 8 posisi iaitu sebuah pontun utama, Pontun Sisi Depan PS, Pontun Sisi Depan SB, Pontun Sisi Belakang PS dan Pontun Sisi Buritan SB.  Selain itu, kapal korek ini mempunyai sebuah operator cabin yang berfungsi sebagai bilik kawalan ketika kerja-kerja pengorekan dijalankan. Komponen-komponen lain termasuklah Bilik Enjin, Bilik Rehat termasuk surau, Tangga Pemotong, Motor Pemotong, Kepala Pemotong, Gantri Tangga Pemotong, Win Tangga, Kren Geladak, Sistem Win dan Gerudi

 

Sistem yang terdapat pada kapal korek ini.antaranya ialah Sistem Hul (5 pontun, binaan gandingan, tangki, hac, jalan masuk bilik enjin dan kabin pengendali). Sistem korek (sistem memotong, gerudi dan takal) Sistem Sedutan dan Luahan (pam korek, kotak gear dan gandingan, enjin utama, talian sedutan dan luahan, pam sesendal dan penggumbahan), Sistem Elektrik (bekalan kuasa, papan suis, kelengkapan elektrik, sistem Pencahayaan dan sistem kawalan pengorekan), Sistem Tambahan (enjin diesel tambahan, kotak gear tambahan dan sistem hidraulik), Sistem Perpaipan Bilik Enjin (sistem minyak bahan api, minyak pelincir, gris, sesendal dan penggumbahan, air pendinginan, gas ekzos dan sistem minyak hidraulik) dan Sistem Perpaipan Kapal.

Maklumat Lanjut Hubungi :- 

Pengarah: wardiah@water.gov.my