JPS Logo

Pengurusan Pinggir Laut

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Benteng Hakisan

Benteng hakisan dibina untuk menstabilkan bahagian pantai semula jadi atau buatan daripada hakisan yang disebabkan terutamanya oleh kehilangan susur pesisir bersih bahan pantai. Benteng hakisan hanya berfungsi apabila pengangkutan susur pesisir berlaku.  Benteng hakisan ialah struktur yang panjang, biasanya lurus dan serenjang dengan garis pantai praunjur. Oleh yang demikian, sistem benteng hakisan (siri benteng ini) menghasilkan garis pantai berbentuk gerigi di dalam lapangan benteng hakisan dan aras pantai tahap yang berbeza di kedua-dua belah benteng. Oleh yang demikian, sistem benteng hakisan (siri benteng ini) menghasilkan garis pantai berbentuk gerigi di dalam lapangan benteng hakisan dan aras pantai tahap yang berbeza di kedua-dua belah benteng.


Benteng hakisan tunggal di Wilayah Persekutuan Labuan

 

Blok Labuan

Blok Labuan ialah blok jisim konkrit. Ia dibina in situ, biasanya dengan bahan tempatan yang mudah didapati dan dengan itu kos modalnya agak rendah. Oleh sebab ia mudah alih dan boleh ditanggalkan ia dapat diangkut dengan mudah ke mana-mana tempat, mengurang kos projek kawalan hakisan pantai.  Blok Labuan boleh diletakkan sebagai “tilam” cerun atau blok padu yang hampir-hampir tegak.  Blok tegak ini bertujuan untuk menstabilkan tebing atau cenuram dan biasanya tidak sesuai untuk kegunaan situasi garis pantai.

 
Blok Labuan sebagai “tilam” cerun -
Taman Robina, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang 

Blok Labuan (pesisir belakang) secara umumnya lebih digemari berbanding lapis lindung batuan (pesisir depan) dalam persekitaran pinggir laut kerana kurang memantulkan tenaga ombak dan lebih stabil. Pasir juga dapat menumpuk pada Blok Labuan dengan lebih baik, berpotensi melembutkan rupa tampaknya.

 
Blok Labuan sebagai blok padu yang tegak - Pancur Hitam, Wilayah Persekutuan Labuan


Fungsi
Tujuan Blok Labuan adalah untuk memberikan perlindungan jangka pendek (3-5 tahun) daripada hakisan pesisir belakang dengan menyerap tenaga ombak sepanjang muka gumuk.  Penggunaannya adalah terbatas kepada bahagian atas pantai berpasir, oleh sebab ia tidak cukup tahan lasak untuk menghadapi tindakan ombak langsung yang nalar.  Oleh sebab ia merupakan struktur konkrit yang diletakkan pesisir belakang, ia cenderung untuk memerangkap pasir bawaan angin dan mendapan bawaan air dan membolehkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan di bawah keadaan yang menggalakkan.  Ini hanya berkenaan untuk struktur cerun.

Blok Labuan menyediakan alternatif jangka pendek untuk struktur perisai batuan di kawasan batuan besar tidak boleh didapati pada kos yang boleh diterima, atau sekiranya perlindungan jangka panjang adalah tidak sesuai.

Perihalan Lukisan

 

Tuangan In-Situ

 

Acuan untuk Blok Labuan Blok dibuat secara setempat. Konkrit siap campur kemudian dihantar ke tapak.  Konkrit siap campur kemudiannya dituang dari lori pembancuh dan diletakkan di dalam acuan. Proses seterusnya ialah penggetaran konkrit. Ini adalah penting untuk menghapuskan udara yang terperangkap dan mengasak zarah ke dalam konfigurasi yang lebih rapat. Alat penggetar dalam seperti penggetar cucuk digunakan.  Sesetengah campuran juga boleh digunakan untuk mempercepatkan pengerasan atau pembentukan kekuatan awal bagi konkrit.

Simen paling lazim yang digunakan dalam kes ini ialah simen Portland Biasa (Jenis I) dengan Gred 35. Bagi mengelakkan serangan sulfat (serangan air laut), simen Perintang Sulfat (Jenis V) disyorkan.

Langkah seterusnya dalam proses ini adalah pematangan pada suhu biasa; iaitu mengekalkan agar konkrit tepu, atau sehampir-hampir tepu yang mungkin, sehingga ruang yang pada asalnya berisi air dalam adunan simen baru itu telah dipenuhi sehingga takat yang dikehendaki oleh produk penghidratan simen. Pematangan boleh dibantu dengan membasahkan acuan sebelum penuangan. Blok-blok mesti dibasahkan semasa pengerasan. Konkrit hendaklah disembur dengan air atau ditutup dengan penutup yang sesuai bagi mengelakkan ia menjadi kering.


Kaedah Penempatan

Blok konkrit seharusnya diletakkan sebagai lapis lindung cerun seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Tembok yang hampir-hampir tegak lebih berkemungkinan mengalami keruk kakian dan keruntuhan struktur kerana kurang berupaya untuk melesapkan tenaga ombak semasa serangan ombak ribut.  Ia juga jauh lebih menonjol untuk landskap gumuk dan tidak akan ditutupi oleh gumuk depan yang baru.

Cerun muka struktur adalah suatu kompromi antara muka lebih rata yang menyerap lebih banyak tenaga ombak, dan oleh itu kurang mengalami keruk kakian, dengan muka lebih curam yang memberi struktur tapak kakian yang lebih kecil.  Cerun 1:1.5 adalah kompromi yang munasabah, dan serasi dengan cerun gumuk semula jadi.

Had kira hampir panjatan gelombang boleh diperoleh dengan mencerap dan merakam lokasi garis pesisir dalam tempoh pasang surut Perbani sepanjang monsun dan juga keadaan ombak yang lebih normal. Kakian muka gumuk yang baru terhakis biasanya berada betul-betul di bawah had panjatan bagi keadaan laut cuaca buruk yang terkini.

 


Semasa penempatan, penggredan semula pantai/gumuk mungkin perlu dijalankan supaya lapisan dasar blok mencukupi.  Geotekstil yang sesuai hendaklah digunakan untuk menghalang pasir yang mendasarinya daripada dibasuh habis dari blok.  Butiran pinggir harus diberi perhatian untuk mengelakkan hujung tekstil yang hodoh daripada terdedah. Pinggir arah ke darat boleh ditanam untuk menetapkan geotekstil semasa penempatan Blok Labuan.  Pinggir arah ke laut mata hendaklah dipangkas rapi atau diikat dengan kuat.

Peranti penempatan untuk semua blok konkrit hendaklah diturunkan supaya terletak atas tanah sebelum melepaskan blok konkrit dan blok hendaklah tidak dijatuhkan dari ketinggian lebih daripada 0.5 m.

Ringkasan

Lokasi yang Sesuai Tapak  pantai berpasir yang mengalami hakisan berkala sederhana hingga teruk dan aset pesisir belakang dalam risiko.  Berguna untuk perlindungan pesisir belakang.
Kos Sederhana, (RM1,500 setiap meter panjang).
Keberkesanan Blok Labuan yang diletakkan dengan betul memberikan pertahanan tetap yang munasabah, kecuali hayat yang terhad selama 3-5 tahun disebabkan oleh kemerosotan konkrit.
Faedah Penyelesaian berguna sekiranya batuan perisai dianggap tidak sesuai atau terlalu mahal. Pelbagai bentuk boleh didapati. Boleh tertanam oleh pasir dan tumbuh-tumbuhan. Muka telap menyerap tenaga ombak dan menggalakkan kestabilan pantai atas


Penyuburan Pantai

Penyuburan pantai juga dikenali pengisian semula pantai, penyuapan pantai atau cas semula pantai. Penyuburan pantai ialah penyelesaian struktur lembut yang digunakan untuk pencegahan hakisan garis pantai.  Sebaik-baiknya bahan dengan saiz butiran dan kepadatan yang serupa, atau lebih besar daripada bahan pantai semula jadi meletakkan secara buatan di bahagian pantai yang terhakis untuk memampas kekurangan bekalan asli bahan pantai. Tambak pantai bukan sahaja melindungi pantai tempat ia diletakkan, malah juga unjuran hanyut turun dengan menyediakan sumber titik hanyut naik pasir.

ISumber bahan yang sesuai perlu dicari iaitu yang serasi tetapi tidak semestinya serba sama dengan bahan di pantai yang akan disuburkan. Biasanya cara ini paling memuaskan untuk melindungi garis pantai kerana ia menyediakan wadah bahan yang perlu untuk membolehkan pantai bergerak balas terhadap ombak dan mencapai keseimbangan. Tempoh penyuburan semula pantai adalah kira-kira 5-10 tahun.



Sebelum Penyuburan Pasir, Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang (2003)

 

 



Selepas Penyuburan Pasir, Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang (2004)
 

Pemecah Ombak
Pemecah ombak dibina untuk mengurangkan tindakan ombak di kawasan dalam lindung angin struktur.  Tindakan ombak dikurangkan melalui suatu gabungan pemantulan dan pelesapan tenaga ombak mendatang. Apabila digunakan untuk pelabuhan, pemecah ombak dibina untuk mewujudkan perairan yang memadai tenang untuk operasi tambatan dan pemuatan yang selamat, pengendalian kapal, dan perlindungan kemudahan pelabuhan.  Pemecah ombak juga dibina untuk memperbaiki keadaan olah gerak di pintu masuk muara sungai dan untuk membantu mengawal atur pemendapan dengan mengubah arah arus dan dengan mewujudkan kawasan dengan aras gangguan gelombang yang berbeza.

Pemecah ombak boleh dikelaskan kepada dua jenis yang utama: struktur depan cerun dan depan tegak. Struktur depan cerun dalam kebanyakan kes ialah struktur bonggol batu kasar berperisai batuan atau unit perisai konkrit, dengan atau tanpa superstruktur tembok ombak.  Struktur depan tegak dalam kebanyakan kes dibina sama ada daripada kaison konkrit berisi pasir atau blok konkrit besar bertindan yang ditempatkan atas lapisan pendasaran perlapisan batu kasar. Di kawasan air dalam, kaison konkrit biasanya diletakkan atas timbunan batu kuari yang tinggi atas sebab-sebab ekonomi.

 


Pemecah ombak di muara Sungai Marang, Terengganu

 

Geotiub

Geotiub ditakrifkan sebagai tiub besar (lebih besar daripada 2.5m lilitannya) yang dibikin daripada geotekstil tenun kekuatan tinggi dengan panjang lebih besar daripada 6m, digunakan di pantai dan sungai dan lazimnya berisi secara hidraulik dengan buburan pasir dan air.  Apron geotekstil juga telah direka bentuk bersama-sama geotiub untuk melindungi asas geotuib utama daripada kesan pelemahan keruk.  Keruk mungkin hadir di dasar geotiub disebabkan oleh tindakan gelombang dan arus. Apron keruk lazimnya ditambat dengan tiub kecil di pinggir air atau oleh guni pasir yang dikat kepada apron.

Pemecah ombak geotiub ialah struktur lembut yang dapat menyebentuk secara lebih baik dengan persekitaran bakau hutan.  Sekiranya ada kemungkinan bot kecil melanggar Geotiub, ia adalah seperti terkandas pada beting pasir dan oleh itu tidak mendatangkan bahaya kepada bot.

Geotiub di Tanjung Piai, Pontian, Johor.


Lapis Lindung


Lapis lindung ialah struktur daratan dengan fungsi utama melindungi garis pantai daripada hakisan. Struktur lapis lindung adalah terlentur dan lazimnya mengandungi perisai batuan atau konkrit blok tuang. Lapis lindung terletak atas permukaan yang dilindungi dan bersandar padanya untuk sokongan.  Ia merupakan struktur yang agak ringan dan amat sesuai  dengan lokasi yang bebas daripada serangan ombak besar.  Lapis lindung yang direka bentuk dan dibina dengan betul merupakan struktur berhayat panjang dan hanya memerlukan sedikit penyelenggaraan.  Hampir-hampir semua lapis lindung unit perisai konkrit bergantung pada reka bentuk saling mengunci untuk kestabilan.  Lowong di dalam lapis lindung membolehkan saliran yang cepat pada permukaan cerun dan oleh itu mengurangkan panjatan gelombang.  Walau bagaimanapun, JPS telah memerhatikan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, lapis lindung menyebabkan pemantulan ombak dan hakisan sisi, mengurang lebar pantai dan pesisir berpasir.

 

Lapis Lindung SAUH, Haji Sirat, Selangor.
Lapis Lindung Basalton, Pulau Besar, Melaka 


Lapis Lindung Flex-Slab, Pantai Klebang, Melaka
Lapis Lindung Batuan, Kg Pasir Pandak, Kuching, Sarawak 

Ban
Tembok Laut