JPS Logo

Pengurusan Banjir - Program dan Aktiviti

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Indeks Artikel
Pengurusan Banjir - Program dan Aktiviti
Pengurusan Banjir di Malaysia
Langkah Bukan Struktur
Pengurusan Banjir Bersepadu
Semua Halaman

 

 

Definisi Banjir

 

Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang, dan halangan pada saluran.

flood johor

 

 

Jenis dan Sifat Banjir

 

Tidak terdapat kategori khusus bagi banjir di Malaysia tetapi sering dikategorikan sebagai bermusim, banjir kilat atau banjir pasang surut. Selain itu, banjir juga digambarkan berdasarkan lokasi, ciri-ciri, sebab berlaku, masa ketika banjir berlaku dan tempohnya.

 

 

Punca-punca Banjir

 

  • Punca-punca semulajadi: Singkat, keamatan tinggi menyebabkan banjir kilat, hujan lebat menyebabkan tanah bertakung
  • Aktiviti Manusia: Pembuangan sisa pepejal kedalam sungai, enapan dari pembukaan tanah dan kawasan pembinaan, peningkatan dalam kawasan tidak telap dan halangan di dalam sungai

 

Kawasan Mudah Banjir di Malaysia

flood area_penisular
flood area_ss

 

Kesan-kesan Banjir

 

  • Positf: Mengekalkan, memperkaya dan mengembalikan biodiversiti tertentu di dataran banjir, mengembalikan keadaan tanah yang kaya nutrisi dimana ia sesuai untuk pertanian dan tumbuhan semula jadi, membersihkan lumpur dan juga enapan dari kawasan banjir, serta mengisi semula air bumi
  • Negatif: Mengancam nyawa, mengganggu kegiatan sosial dan ekonomi dan memusnahkan harta benda, menyebabkan kesulitan dan kos pemulihan boleh menjadi tinggi buat kerajaan ataupun individu, dan menghalang pelaburan baru di kawasan mudah banjir

Anggaran Kerosakan mengikut negeri