JPS Logo

Empangan - Aktiviti

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

 

Pada masa ini JPS menguruskan 15 empangan yang terletak di pelbagai negeri untuk memenuhi peranan jabatan dalam menyediakan air pengairan yang mencukupi, tebatan banjir dan penahanan kelodak. Lebih banyak empangan dijadualkan untuk pelaksanaan pada masa depan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat dan harapan sosial orang awam tatkala negara berusaha untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

 


Projek empangan walaupun biasanya akan melibatkan kos modal yang tinggi umumnya akan memberi pulangan sosial dan kewangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, kegagalan empangan selalunya mengakibatkan bencana dengan kehilangan nyawa dan harta yang besar dan oleh itu strukturnya perlu diuruskan dengan betul bagi menjamin keutuhannya pada sepanjang masa. Menyedari betapa pentingnya keperluan untuk menjaga agar empangan selamat, usaha kemudiannya telah dimulakan ke arah ini dan pada bulan Mei 1987 Unit Pemantauan Empangan (sekarang dinamakan semula kepada Unit Empangan) adalah ditubuhkan pada Cawangan Penyelidikan JPS (sekarang ini tidak wujud lagi) dengan objektif-objektif berikut:

 

  • untuk membantu semua pengendali empangan JPS dalam pengawasan keselamatan empangan

  • untuk membantu semua pengendali empangan JPS dalam pemeriksaan keselamatan empangan

Aktiviti Utama

1. Pemantauan keselamatan empangan

2. Pemeriksaan keselamatan empangan

3. Pengeluaran prosidur, piawaian dan garispanduan yang berkaitan dengan keselamatan empangan

4. Penyediaan bajet