JPS Logo

COFFEE TABLE BOOK HERITAGE WATER STRUCTURE

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

* this announcement is in Malay version only.

MAKLUMAT STRUKTUR-STRUKTUR BERKAITAN AIR YANG MEMPUNYAI NILAI SEJARAH BAGI PENERBITAN COFFEE TABLE BOOK "HERITAGE WATER STRUCTURE"

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Heritage Water Structure yang telah diadakan pada 2 Ogos 2016 yang lepas bertempat di HTC Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh wakil-wakil JPS Negeri, setiap negeri perlu menyertakan struktur berkaitan dengan air yang mempunyai nilai sejarah tidak kira samaada ianya berada di bawah tadbir urus JPS atau agensi-agensi  lain bagi tujuan penerbitan Coffeetable Book JPS bertajuk " Heritage Water Structure".

Sehubungan dengan itu, disertakan lampiran yang mengandungi maklumat struktur-struktur heritage bagi setiap negeri untuk tujuan maklumbalas dan pertambahan maklumat berkaitan struktur air yang melebihi 50 Tahun dan 100 Tahun ke atas khususnya daripada juruteknik-juruteknik yang lama dan berpengalaman dengan maklumat berkaitan struktur air berkenaan.

Maklumat tersebut juga akan digunakan bagi pencalonan Anugerah Water Structure bagi struktur air yang berumur melebihi 100 tahun dan masih berfungsi.

Oleh itu, adalah diharapkan agar JPS Negeri dapat melengkapkan maklumat ringkasan yang disertakan  beserta gambar dan menambah maklumat-maklumat struktur lain yang sesuai untuk dinobatkan sebagai heritage water structure. Sekiranya YBhg Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan juga mempunyai maklumat-maklumat yang berkaitan, juga dialu-alukan untuk memberikan maklumat tersebut kepada pihak Bahagian Korporat, melalui email kepada : norhafizah@water.gov.my atau surianihassin@water.gov.my.

Kerjasama YBhg Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Terima kasih

* lampiran tersebut disertakan di Infoportal untuk warga JPS seperti link yang disediakan di bawah.

LAMPIRAN STRUKTRUR BERKAITAN AIR YANG MEMPUNYAI NILAI SEJARAH BAGI PENERBITAN COFFEE TABLE BOOK " HERITAGE WATER STRUCTURE"