JPS Logo

Maklumat Korporat

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

VISI

Peneraju Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Air Negara

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan dan pengurusan sumber air merangkumi pengurusan lembangan sungai, zon pantai serta pengurusan banjir dan kemarau secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar

 

SLOGAN

"Jayakan Perkhidmatan Sempurna"

 

NILAI KORPORAT

"Doing the Right Things, and Doing Things Right" dengan Kualiti, Integriti & Prihatin

 

 

FUNGSI

 

  • Pelaksanaan perancangan dan pembangunan sistem ramalan banjir dan kemarau, pengurusan data  dan maklumat hidrologi dan penilaian serta pengurusan sumber air negara
  • Pembangunan perancangan dan pengurusan lembangan sungai
  • Meningkatkan perancangan dan pembangunan infrastruktur serta pengurusan air untuk tanaman dan keperluan pertanian yang lain
  • Pembangunan perancangan dan pengurusan program tebatan banjir
  • Pelaksanaan pembangunan dan pengurusan zon pantai untuk mengurangkan hakisan pantai serta masalah mendapan di muara sungai
  • Menguruskan dan mengawal selia pelaksanaan program pengurusan air hujan di kawasan bandar


PENCAPAIAN JPS MALAYSIA

Sepanjang lebih 80 tahun JPS telah mencurahkan bakti kepada pembangunan negara dan mengukir identiti dan jenama yang tersendiri. Kini, kelancaran pembangunan diatur selaras dengan kelestarian pengurusannya.

Lima fungsi utama JPS adalah:

 

  • Pengurusan Lembangan Sungai
  • Pengurusan Zon Pantai
  • Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
  • Pengurusan Banjir
  • Saliran Mesra Alam