JPS Logo

Piagam Pelanggan

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

 

Kami akan menyediakan perkhidmatan professional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan sumber air dan hidrologi, pengurusan banjir, sungai, pantai dan saliran secara pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM). Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambilkira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.


Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:


1) Memberi maklumbalas awal terhadap sebarang aduan dan pertanyaan awam menerusi  Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkenaan dengan masalah sumber air seperti banjir, sungai, pantai dan saliran dalam masa dua (2) hari bekerja dan maklumbalas kaedah penyelesaian dalam masa lima belas (15) hari bekerja.


2) Memberi ramalan dan hebahan amaran banjir monsun dalam masa 6 jam ke hadapan melalui laman sesawang PublicInfobanjir bagi sungai-sungai yang mempunyai model ramalan banjir.


3) Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan lengkap EIA, pembangunan dan pemajuan tanah, penebus guna tanah untuk sektor perumahan, perindustrian, komersial dan pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.


4) Membekal maklumat-maklumat kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;

a) Data Hidrologi

b) Peta Hazard/ Peta Banjir

c) Data Lembangan Sungai

d) Data GIS

e) Data Zon Pantai


5) Memastikan ketersediaan capaian portal Jabatan adalah 95%