JPS Logo

Lokasi

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

 

*Klik imej di atas to untuk lihat saiz sebenar peta

 

Cara Untuk Datang Pejabat Kami:

Dari Jalan Kuching, Kuala Lumpur
Opsyen 1 (melalui Jalan Sultan Salahuddin):

  • Belok masuk ke Jalan Sultan Salahuddin. (Bank Negara akan berada di sebelah kanan anda, JKR di sebelah kiri anda)

  • Jalan terus sehingga anda tiba di lampu isyarat – Jalan terus.

  • Ikut jalan ini membelok sehingga anda nampak papan tanda "Jabatan Perhutanan / Forestry Department" di sebelah kanan anda.

  • Apabila anda nampak hentian bas di sebelah kanan anda, belok ke kiri betul-betul di hadapannya.

  • Belok ke kiri sekali lagi dan serta-merta mendaki cerun untuk ke Ibu Pejabat JPS.

 

(Note: JPS WP berada di sebelah kanan sebelum anda membelok naik ke jalan cerun. Anda akan melewati Wisma Tani di jalan dalaman sebelum anda tiba di JPS WP di hujung jalan itu).).

Opsyen 2 (melalui Jalan Parlimen) :

  • Belok masuk di Jalan Parlimen.

  • Jalan terus sehingga anda tiba di lampu isyarat – Jalan Terus. (Tugu Negara akan berada di sebelah kanan anda).

  • Ikut kiri (jalan terus akan membawa anda ke Bangunan Parlimen).

  • Seterusnya jalan akan berpecah kepada dua.(Ikut cabang ke kanan. Cabang kiri akan membawa anda ke Istana Negara).

  • Kemudian ikut kiri dan ambil jalan lingkar balik.((Jalan terus akan membawa anda ke Jalan Duta) Anda kini berada di Lebuh Raya Mahameru.

  • Selepas anda melalui bawah Jalan Parlimen, ambil jalan susur di sebelah kiri.

  •  Apabila anda tiba di lampu isyarat – belok kanan.

  • Di lampu isyarat seterusnya, belok kiri di jalan susur.

  • Anda kini berada di Jalan Sultan Salahuddin, Wisma Tani. (Kementerian Pertanian) akan berada di sebelah kanan anda.

  • Jalan terbahagi dua dengan pokok di bahagian tengahnya. Ikut jalan bahagian luar.<

  • Di hujung median pokok-pokok, anda akan nampak hentian bas di sebelah kiri anda. Belok kanan di simpang betul-betul berhadapan dengan hentian bas.

  • Kemudian dengan segera belok ke kiri sekali lagi mendaki cerun. Anda telah tiba di Ibu Pejabat JPS.


Dari Petaling Jaya
(melalui Jalan Semantan/ Jalan Duta)

  • Dari Jalan Semantan, gerak terus untuk mengambil lingkaran bawah ke Jalan Duta.

  • Ikut kiri. Apabila jalan berpecah kepada dua, ikut cabang ke kiri. (Cabang kanan akan membawa anda ke Istana Negara).

  • Anda akan nampak Jalan Ledang di sebelah kiri anda yang akan membawa anda ke

  • HTC (Humid Tropic Center) - Pusat Serantau Tropika Lembap, JPS . Jalan tegak terus.

  • Anda akan nampak Bangunan Parlimen di sebelah kiri anda. Terus ikut lorong kiri (selari dengan Lebuh Raya Mahameru) sehingga anda tiba di lampu isyarat.

    Belok kanan di lampu isyarat.

  • Di lampu isyarat seterusnya, belok kiri.

  • Anda kini berada di Jalan Sultan Salahuddin. Wisma Tani (Kementerian Pertanian) akan berada di sebelah kanan anda.

  • Jalan terbahagi dua dengan pokok di bahagian tengahnya. Ikut jalan bahagian luar.

  • Apabila anda nampak hentian bas di sebelah kiri anda, belok kanan.

  • Kemudian dengan segera belok ke kiri sekali lagi mendaki cerun. Anda telah tiba di Ibu Pejabat JPS.