JPS Logo

Audit Prestasi

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Objektif

• Memastikan projek/program Jabatan dilaksanakan secara ekonomik, cekap dan berkesan melalui aktiviti pengauditan prestasi.

 

• Memupuk pembudayaan inovasi di peringkat Jabatan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi Jabatan.

 

• Meningkatkan budaya kerja berprestasi tinggi melalui pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Jabatan.

 

• Memastikan program/projek pembangunan yang laksanakan menepati outcome yang dirancang

 

• Memupuk dan meningkatkan budaya kerja cemerlang melalui program kualiti Jabatan.

 

 

Piagam Pelanggan

• Menjalankan pengauditan secara professional berpandukan kepada standard pengauditan Jabatan Audit Negara Malaysia.

 

• Menyediakan laporan pengauditan/penilaian dalam tempoh dua (2) bulan selepas pengauditan/penilaian selesai dijalankan bagi aktiviti berikut:

  • Audit Prestasi
  • Pelan Tindakan Inovasi
  • Rancangan Kerja Tahunan
  • Keberhasilan (Outcome)

• Memberi maklumbalas/ulasan/khidmat nasihat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

 

 

Fungsi

  • Melaksanakan aktiviti pengauditan ke atas prestasi dan impak program-program pembangunan JPS untuk menilai penggunaan sumber secara ekonomi, efisien dan efektif dan penyediaan laporan pengauditan secara bebas dan seimbang untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan atasan.

  • Menyelaras penilaian outcome program pembangunan JPS dan juga melaksanakan penilaian outcome terhadap program-program terpilih atau yang dikenal pasti dengan kerjasama Bahagian dan Negeri dari semasa ke semasa.

  • Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program pembudayaan inovasi warga JPS melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi JPS Malaysia

  • Menyelaras dan memantau pencapaian Rancangan Kerja Tahunan Jabatan.

  • Menyelaras dan memantau pencapaian KPI Y.B. Menteri/KSU yang berkaitan dengan Jabatan dan KPI Ketua Pengarah JPS.

  • Menilai keberkesanan program-program nilai murni dengan menjalankan Sistem Pengurusan Audit Nilai.

  • Memantau pengemaskinian Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja.

  • Menyelaras dan memantau persijilan ISO 9000, ISO 14000 dan OHSAS 18000.


    Carta Organisasi

     

    *Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar