JPS Logo

Pengurusan Maklumat

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Objektif

 

Untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan JPS dalam pentadbiran dan pengurusan maklumat melalui penggunaan teknologi maklumat yang inovatif.


Fungsi

1. Perancangan ICT dalam JPS dan pengurusan Bahagian ICT

  • Pembangunan Bahagian dan Pelan Strategik ICT

  • Sekretariat untuk pelbagai jawatankuasa pemandu ICT

  • Pengurusan perolehan perkakasan, perisian dan perkhidmatan ICT

  • Pembudayaan ICT dalam JPS melalui latihan, program kualiti dan sebagainya.

  • Pematuhan kepada tatacara dan pekeliling ICT.

  • Pengurusan pentadbiran dan kewangan / perbelanjaan bahagian

2. Pengurusan pengendalian dan sokongan teknikal ICT

  • Pengurusan Pusat Data dan pelayan

  • Pentadbiran Sistem dan Pangkalan Data

  • Pengurusan sistem e-mel

  • Pengurusan rangkaian

  • Pengurusan keselamatan ICT

  • Sokongan teknikal dan meja bantuan

  • Pengurusan inventori perkakasan dan perisian

3. Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi

  • Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi (dalam organisasi dan sumber luar)

  • Mengeluarkan Sistem Aplikasi kepada pejabat negeri / bahagian

  • Pembangunan dan penyelenggaraan Tapak Web dan Intranet JPS

  • Pembangunan perisian persembahan dan Multimedia

  • Menyokong pelaksanaan Sistem Kerajaan Elektronik



 

Piagam Pelanggan



Kami warga Bahagian Teknologi Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berazam akan memberi komitmen-komitmen berikut:

  • Memberi layanan khidmat ICT yang cekap dan saksama kepada pelanggan teknologi maklumat

  • Menyedia dan menyelenggara sistem aplikasi mengikut spesikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui bersama

  • Memastikan prasarana dan maklumat ICT sentiasa berada pada tahap 100% selamat.

  • Memastikan perkhidmatan ICT sentiasa beroperasi dengan sekurang-kurangnya 95% uptime.

  • Memberi respon kepada aduan teknikal melalui meja bantuan dalam tempoh satu hari.

  • Memproses permohonan projek-projek ICT untuk mendapat kelulusan di Jawatankuasa Pemandu ICT dalam masa 3 bulan di peringkat Jabatan.

  • Mengurus penilaian teknikal perolehan peralatan ICT dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan bagi proses tender dan tidak melebihi 1 bulan bagi proses sebut harga.

  • Memastikan laman web utama dan laman intranet JPS sentiasa dikemas kini setiap minggu.

  • Menyediakan khidmat nasihat ICT dalam masa 2 hari dari permintaan diterima.

  • Membudayakan ICT di JPS dengan mengkaji keperluan dan mengesyor latihan-latihan yang bersesuaian mengikut keperluan.



Carta Organisasi

 

Bahagian Teknologi Maklumat
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar.