JPS Logo

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Objektif


Objektif Bahagian Pembangunan Modal Insan adalah melahirkan warga yang kompeten melalui latihan yang sistematik dan berkesan

 

Fungsi


1. Merancang, membangun dan menyedia program Pembangunan Modal Insan Jabatan

2. Mengurus dan mentadbir operasi pejabat yang meliputi pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan dasar-dasar Kerajaan

3. Mengurus dan melaksana Peperiksaan Jabatan dan penilaian tahap kompentensi warga JPS

4. Mengurus kemajuan kerjaya dan pengajian lanjutan warga JPS

5. Mengurus dan merancang pembangunan infrastruktur untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran

6. Mengurus dan merancang program latihan dan kursus untuk mempertingkatkan kompetensi warga JPS

 

Piagam Pelanggan


  • Menyedia sekurang-kurangnya 40% tempat berkursusuntuk dua (2) hari kursus structured bagi warga JPS dan memastikan sekurang-kurangnya 90% Kursus Berjadualdilaksanakan
  • Menyebarkan maklumat Kursus Berjadual sebelum Januari setiap tahun
  • Memastikan keputusan permohonan Kursus Berjadual bagi calon yang berjaya dimaklumkan DUA (2) minggusebelum tarikh kursus
  • Memproses permohonan yang lengkap bagi kursus / persidangan / latihan ke luar negara dan kursus berbayar dalam negara dalam masa TIGA (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Menghebahkan tarikh Peperiksaan Jabatan DUA (2) bulan sebelum tarikh peperiksaan
  • Melaksanakan Peperiksaan Jabatan sekurang-kurangnya SATU (1) kali setahun dan keputusan perperiksaan dikeluarkan dalam masa DUA (2) bulan selepas tarikh peperiksaan
  • Memproses permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dalam masa SATU (1) minggu sebelum tarikh tutup JPA
  • Aduan akan disiasat dalam masa SATU (1) hari dan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa TIGA (3) hari bekerja

 

Carta Organisasi

 

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI)
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar



Pejabat Pengarah (PPPMI)
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar



Institut Pembangunan Modal Insan -Zon Utara
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar



Institut Pembangunan Modal Insan -Zon Timur
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar



Institut Pembangunan Modal Insan -Zon Tengah
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar