JPS Logo

Anugerah British Construction Industry (BCIA) 2008

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Projek SMART (Stormwater management and Road Tunnel) telah memenangi anugerah dalam kategori Antarabangsa. Anugerah berprestij dalam industri pembinaan ini dianjurkan oleh British Construction Industry untuk menghargai pembinaan yang hebat dan unik dalam Industri Pembinaan. Majlis penyampaian anugerah yang hebat dan unik dalam Indusrti Pembinaan. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan pada 8 Oktober 2008 di Grosvenor House Hotel, Park Lane, London. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah menghantar wakil bagi menerima anugerah tersebut.



Projek SMART ini merupakan pembinaan yang amat unik di dunia. Ia berasaskan kehendak yang segera untuk mengatasi banjir di Kuala Lumpur. Penyelesaian ialah dengan membina terowong 10 km di bawah Bandaraya Kuala Lumpur. Ianya menjadi lebih ekonomik apabila sebahagian terowong ini sepanjang 4 km dijadikan lebuhraya bagi mengatasi kesesakan lalulintas. Kejayaan ini meletakkan SMART dan Malaysia sebagai projek yang mempunyai kemudahan bertaraf 'World Class'.



Panel juri terdiri daripada ketua jabatan kejuruteraan awam dan kontraktor pembinaan yang ternama dan konsultan di dalam industri kejuruteraan antarabangsa yang terkenal dengan pemilihan yang teliti dan penilaian yang mendalam untuk penyelesaian kejuruteraan. Kelebihan SMART adalah keupayaan kontraktor untuk membuktikan kewujudan dalam menyelamat Kuala Lumpur daripada ancaman banjir disamping boleh mengurangkan masalah kesesakan jalanraya di pusat bandar.



"Projek yang mempunyai keunikan tersendiri dan luarbiasa dalam menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Pencapaian sebenar adalah dalam memastikan projek ini berkesan", ini adalah antara komen yang diberikan untuk menggambarkan penyertaan SMART.



Terowong sepanjang 9.7km telah dibina menggunakan 13.2 diameter saiz mesin gerudi terowong, yang membuka laluan di bawah pusat bandar Kuala Lumpur melalui batuan batu kapur, memebuhi kriteria daripada juri dengan menghasilkan kecemerlangan dalam bidang arkitek dan kejuruteraan, rekabentuk dan pembinaan berkualiti, selamat dan inovasi.



SMART telah menewaskan 4 senarai pendek yang lain seperti Arena Bijlmer Station di Amsterdam, Gelanggang oval kriket Kensington di Barbados, Menara Shin-Marunouchi di Jepun dan Lapangan Terbang Antarabangsa T3 Beijing di China.



British Construction Industry Awards (BCIA) merupakan anugerah yang paling berpengaruh dalam industri dan dikenali sebagai anugerah "Oscar" dalam bidang pembinaan. Ia merupakan anugerah pembinaan yang paling dihormati di United Kingdom.



Sehingga hari ini. terdapat lebih 180 projek yang cemerlang di United Kingdom dan di peringkat antarabangsa yang dinilai melalui kecemerlangan didalam bidang arkitek dan kejuruteraan, yang dinilai melalui pelbagai aspek iaitu dari pembelian,prestasi melawan ramalan, kualiti dalam rekabentuk dan pembinaan, keselamatan, inovasi, keterlanjutan, kepenggunaan dan manfaat kepada komuniti. Laluan untuk memenangi anugerah, senarai pendek harus melalui pelbagai siri temubual di London dan juri jemputan yang menyelaras dan mengumpul maklumat lanjut untuk projek semasa pembinaan dan selepas siap.